Yang Disayangi Selalu !!!

Friday, April 1, 2011

Duduk Macam Kangok

Pada suatu pagi, Lijah dan jirannya pulang dari gerai tempat mereka membeli nasi lemak untuk sarapan keluarga...

Lijah : Kenapa anak mu tu Minah?

Minah : Siapa?

Lijah : Anak perempuan mu tu la...

Minah : Ooo... Si Dayah ke?

Lijah : Yalah! Hok mana pulak lagi?! Anak perempuan mu tu sorang aja kan?

Minah : Ha ah, sorang dia je perempuan... kenapa? Nak buat menantu ke? He he he.

Lijah : Isy!! Ke situ pulak perginya!!

Minah : Habis tu kenapa?

Lijah : Aku ni bukannya nak busy body, apa ke... tapi aku tengok anak mu tu lain macam ja dua tiga hari ni.

Minah : Lain macam?? Lain macam.. macam mana tu? Aku tak perasan pulak.

Lijah : Tu la Minah! Kita jadi mak bapak ni kena ambil berat tentang anak. Tak boleh biar gitu aje, tak cukup dengan bagi duit makan minum... kita ni jadi emak kena beri perhatian lebih pada anak-anak, lebih-lebih lagi anak perempuan!

Minah : Eh! Lijah... ni ceramah agama ke... atau ceramah motivasi?!

Lijah : Idak la macam tu.... anak-anak ni Minah, perlu cukup kasih sayang di rumah supaya tak kena benda-benda tak elok di luar nun!

Minah : Kau nak cerita apa sebenarnya ni? Cakap aje terus terang....

Lijah : Anak mu tu la...

Minah : Yalah anak aku!! Tapi kenapa?!

Lijah : Aku tengok dua tiga hari ni dia asyik duduk macam kangok ja!! Mu tak sedar ka?

Minah : Macam kangok?!

Lijah : Ha la... duduk macam kangok kat depan rumah tu! Kenapa dia tu? Dia dah..... dah tu ka?

Minah : Duduk macam mana tu?

Lijah : Macam kangok la...

Minah : Ya la! Aku dengarlah kau kata macam kangok... tapi macam kangok tu macam apa??

Lijah : Duduk moyok tak bergerak... macam kangoklah!! Aku pun tak tau nak cakap macam mana nak terangkan padamu. Mu kena tengok sendiri!!

Minah : Oooo.... kau perasanlah ya?! Yang dah dua hari ni anak aku tu duduk monyok je ek? Yang macam tu ke kau kata duduk macam kangok?

Lijah : Haa... tau pun!! Orang kampung aku kata macam kangok.

Minah : Kangok tu apa?

Lijah : Kangok.... duduk diam tak bergerak macam burung yang basah kena hujan!! Selalunya orang yang kecewa sangat, putus cinta ke, atau dah terlanjur ke... Mu kena siasat anak mu tu, risau aku tengok. Entah-entah dah terlanjur dengan bofren ka, mana kita tau!!

Minah : Oi Lijah!! Jaga mulut kau tu sikit... aku sumbat dengan sambal nasi lemak ni kang baru tau!

Lijah : Eh! Minah, jangan marah pulak, budak-budak perempuan sekarang ni bukannya boleh tentu, mak bapak dalam rumah pun mereka boleh bawa bofren masuk bilik!!

Minah : Idaklah!! Anak aku bukan jenis macam tu lah. Jangan nak samakan dengan anak kau tu... bukan orang tak tau, anak kau dah lari ikut jantan Lombok!!

Lijah : Isy! Janganlah cakap kuat-kuat, nanti ada orang dengar pulak. Itu aku mengakulah!! Itu pasal aku bagi tau kau ni supaya anak kau tak jadi macam anak aku!!

Minah : Anak aku tu moyok bukan sebab bofren... tapi sebab result PMR dia tak dapat semua A!! Ada satu dapat B. Itu yang dia kecewa sangat tu...

Lijah : Sebab satu B pun kecewa sangat?! Aku ingatkan dah terlanjur dengan bofren!!

Minah : Yalah, bapak dia janji kalau semua A dia bagi hadiah iphone four... tapi kalau kurang satu aje.. tak dapat le!!

Lijah : Laa.. sebab tu aje ke... aku ingat kes berat ke!

Minah : Memanglah tak berat kata kita, tapi bagi dia, itu dah besar sangatlah tu. Dari sebelum periksa lagi dah angan-angan nak pakai henpon tu... dah konfiden sangat dapat semua A!!

Lijah : Kesian juga ya, dia semangat sangat nak belajar tu... tu sebab kurang satu A aje dah kecewa sangat

Minah : Cik Lijah oi! Dia kecewa bukan sebab tak dapat semua A, tapi dia kecewa sebab tak dapat iphone four

Lijah : Laa gitu ka?? Budak-budak sekarang


Oleh : Prof Madya Dr Nor Hisham Osman


Glosari

Dialek Kelantan

Kangok - keadaan seperti burung yang lenjun dan kesejukan kena hujan


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...