Yang Disayangi Selalu !!!

Friday, April 29, 2011

Bila Hati Dah Sayang - Bab 11

“So, can we go now, ” Ikram memandang Syafiqah yang masih lagi sibuk menaip.

Suasana di dalam ruang pejabat telahpun lengang. Semua staf telahpun beredar untuk menjamu selera. Hanya Syafiqah saja yang masih kelihatan sedang tekun membuat kerja. Kerja yang sengaja diada-adakan oleh Ikram.

“Tolong taipkan surat ni. Aku nak secepat yang mungkin. Kalau tak siap, tak boleh lunch tau, ” teringat arahannya kepada Syafiqah tadi. Sengaja dia memberikan tugas tersebut, kalau tidak sudah pasti Syafiqah telah keluar makan tengahari bersama-sama dengan Nina.

Syafiqah cuma memandang sekilas Ikram yang berdiri di tepi meja kerjanya. Ikram kelihatan cukup kacak mengenakan kemeja putih, dan seluar slack hitam. Tali leher berjalur yang dipadankan menambahkan lagi kekacakkannya.

“Nak pergi ke mana encik Ikram?” soalnya.

“Aii, tak kan tengok muka aku saja terus hilang ingatan. Taulah aku ni hensem. Takkan dah lupa kot. Kan ke kita nak pergi lunch dekat restoran yang baru buka di simpang jalan dekat depan tu. Jomlah dah dekat pukul 1.30 tengahari ni. Nanti ramai orang pula.”

'Amboi-amboi, puji diri sendiri nampak. Tapi memang hensem pun. Hmmm. Sedap-sedap saja dia mengata aku hilang ingatan. Sabar jelah. Kalau aku hilang ingatan, dengan kau sekali aku tak ingat. Minta simpanglah. Nak ajak pergi makan pula tu. Tadi bukan main lagi suruh aku siapkan surat ni. Atau dia sengaja je nak main-mainkan aku ni,' omel Syafiqah.

“Err, saya dah kenyanglah encik Ikram. Tadi ambil heavy breakfast,” Syafiqah cuba menolak pelawaan Ikram.

Banyak perkara yang dibimbangkannya jika dia keluar berdua-duaan dengan Ikram. Pertama jika timbulnya gosip liar di kalangan rakan sekerjanya. Kedua dia bimbang jika perasaan sayangnya terhadap Ikram semakin mendalam. Kalau boleh dia ingin membuang jauh-jauh perasaan yang kerap bermain di ruang hatinya.

“Itu breakfast. Sekarang ni lunch. Pagi tadi pun aku ambil heavy breakfast juga, tapi dah masuk tengahari ni mestilah lapar balik. Masa di JB dulu kau cakap kau ada gastrik. Orang kalau ada gastrik ni kena makan ikut time. Ke kau saja je buat cerita cakap ada gastrik, maklumlah nak keluar makan sekali dengan buaya darat tu. Bila aku ajak makan banyak pula alasan kau,” Ikram meluahkan perasaannya. Riak mukanya turut berubah setelah mendengar jawapan dari Syafiqah. Timbul sedikit perasaan cemburu bila dia teringatkan layanan Syafiqah terhadap Khairil di JB dulu.

'Uiiisshhh, meleret-leret pula cakapnya ni. Jenuh nak tunggu full stop. Dia ni ada pakai ilmu ke. Macam tau-tau pula yang aku kelentong saja hari itu. Tiba-tiba pula mengungkit cerita semasa di JB dulu ni kenapa. Cemburu ye,' fikir Syafiqah. Kalau betul-betul cemburu alangkah bahagia dirinya.

“Tapi saya memang kenyang lagilah encik Ikram.”

Memang pagi tadi Syafiqah makan banyak. Sedap betul nasi lemak yang dimasak oleh emaknya, sampai dua kali dia menambah.

“Hmmm, dahlah. Kalau kau tak nak pergi tak apalah. Aku pergi sorang-sorang. Nak buat macam mana, kalau orang tu dah tak nak temankan. Takkan nak paksa-paksa pula kan,” kedengaran nada rajuk Ikram yang sedang mengatur langkah. Mukanya ditarik 14 inci, masam gila.

'Eh, takkan merajuk pula kot. Tak pernah-pernahnya sensitif macam ni. Buruk benar rupanya kalau orang lelaki merajuk ni. Mengada-ngada betullah dia ni. Tengok muncungnya tu, boleh diikat dengan riben. Hmm, ye la, ye la, nanti aku pujuk,' omel Syafiqah lagi.

“Encik Ikram, jomlah saya temankan,” Syafiqah lantas mengambil beg tangannya dan mengekori Ikram.

Ikram terus tersenyum sebaik mendengar kata-kata Syafiqah. Suka sangatlah tu.
'Tau pun takut. Baru aku buat-buat merajuk sikit, terus nak ikut ye. Lain kali aku kena buat macam ni jugalah. Hmmm, jenuh juga tu. Hilang macho aku nak kena merajuk macam ni,' Ikram berpaling menoleh Syafiqah di belakang.

“Ikhlas ke nak keluar makan dengan aku ni,” ujarnya lagi sambil merenung anak mata coklat Syafiqah. Terasa tenang dan damai bila memandangnya.

Syafiqah malu-malu, terus memandang ke arah lain dan mengangguk perlahan. Jantungnya tiba-tiba saja bergerak pantas. Memang dia kalah dengan renungan menggoda Ikram.

“Betul ke ni, macam tak ikhlas saja,” duga Ikram.

“Eh, ikhlaslah encik Ikram. Apa pula tak ikhlasnya.”

“Ye ke. Tengok macam terpaksa saja.”

'Dia nilah. Dah orang nak temankan, banyak songeh pula. Karang aku betul-betul tak nak pergi, baru padan muka.'

“Tak adalah, ikhlas ni. Betul, ikhlas sangat-sangat. Tapi encik Ikram kena belanja saya makan, boleh,” duga Syafiqah.

Ikram tersenyum kacak.

“Boleh, untuk sayang apa-apa pun boleh. Jangan setakat belanja makan. Ke bulan ke bintang pun abang sanggup. Jom kita pergi cepat,” bergetar jantung Syafiqah mendengar bicara Ikram.

Kalau perkataan sayang tu selalulah juga dia dengar. Ini, tiba-tiba pula perkataan abang yang disebut. Semakin menjadi-jadi pula perangai Ikram ni. Hendak pergi ke bulan dan ke bintang pula tu. Setakat dalam mimpi bolehlah kalau nak ke bulan dan ke bintang.

'Oh Ikram, tolonglah jangan lontarkan perkataan yang berbaur romantik ni. Terusik rasanya perasaan ini. Semakin parah rasanya jiwa ini. Hmmm,' keluh Syafiqah sambil mengekori Ikram dari belakang.

********

Melihatkan hidangan yang terhidang membuatkan perut Syafiqah tiba-tiba saja terasa lapar. Berselera betul dia melihat ikan pari bakar, tomyam campur, kailan goreng, sotong goreng tepung dan puyuh goreng. Tak ketinggalan juga ulam-ulam seperti salad dan ulam raja. Sambal belacan turut tidak ketinggalan.

'Anak orang kaya pun pandai juga makan sambal belacan ni ye. Hmm,' fikir Syafiqah sambil melihat hidangan yang terhidang di atas meja.

“Encik Ikram, banyaknya. Boleh habis ke ni?”

“Isshhh, apa pula tak bolehnya. Kita makan puas-puas sampai kenyang.”
Ikram sudah mula menyuapkan nasi ke mulutnya. Kelihatan cukup berselera sekali.

“Ini bukan makan namanya encik Ikram. Ini dah kira melantak ni. Lagipun mana boleh makan kenyang-kenyang sangat. Nanti saya jadi ular sawa pula dekat dalam ofis.”

“Tak kisahlah, nak melantak ke, nak makan ke. Dua-dua tu masuk ke mulut juga kan. Kalau kau nak jadi ular sawa, aku jadi anakonda. Tak sempat kau nak tidur aku dah ngap dulu. Hihihi. Eh, tak nak makan ke. Makanlah cepat. Rugi kalau tak makan. Sedap ni.”

Syafiqah tergelak kecil mendengar bicara Ikram. Manis sekali dirasakannya. Ikram ni pandai juga bergurau orangnya. Agaknya kalaulah sesiapa yang menjadi isterinya mesti sentiasa ceria saja bersamanya. Bertuahnya. Tomyam campur yang menjadi kegemarannya disenduk dan dituangkan ke dalam pinggan.

“Ni... yang ini kau elok makan. Bagi kulit tu licin,” Ikram lantas meletakkan salad dan ulam raja ke pinggan Syafiqah.

'Eleh, macamlah kulit aku ni tak licin,' Syafiqah mencebik geram.

“Encik Ikram, kulit saya ni tak cukup licin ke sampai nak suruh saya makan benda alah ni,” Syafiqah cuma memain-mainkan ulam raja yang terdapat di pinggannya. Kalau salad tu dia memang biasa makan, tapi ulam raja memang dia tidak pernah makan.

“Benda alah apanya pula. Itu namanya ulam raja. Ish, siapa pula kata tak licin. Memanglah licin. Putih gebu semuanya cukup. Tapi nak bagi bertambah-tambah licin kenalah makan ulam raja ni. Kenapa? Kau tak makan ke?” soal Ikram lagi.

“Saya memang tak pernah makan pun ulam raja ni. Nak makan pun tak berapa nak pandai,” Syafiqah buat muka pelik.

“Apa pula yang tak pandainya. Nganga, masuk mulut, kunyah lepas tu telan. Budak-budak pun tahu,” Ikram buat lawak bodoh. Ikan pari bakar disuap ke mulut.

'Hmm dia nilah. Kalau sehari tak melawak memang tak sah. Tapi tak apa, aku suka. Sweet sangat.' Syafiqah cuma memain-mainkan ulam raja di pinggannya dengan sudu. Hendak makan tapi dia agak was-was.

“Eh, tak makan lagi ke. Baik kau makan sekarang, kalau tidak aku gigit nanti,” ugut Ikram sambil merenung dalam wajah Syafiqah. Niat di hatinya ingin bergurau. Tapi kalau betullah dapat digigit, akan digigitnya Syafiqah ni puas-puas. Geram, geram.

'Eh, nak gigit-gigit orang pula. Nak gigit tang mana pula tu. Ish, bahaya... bahaya...'

“Yelah, saya makan,” Syafiqah mula menyuap ulam raja dengan reaksi muka yang pelbagai.

“Macam mana, sedap tak?” soal Ikram dengan mata yang berkaca.

“Hmm, bolehlah. Tapi... betul ke kalau makan ulam raja ni kulit boleh jadi licin. Setahu saya tomato yang melicinkan kulit ni.”

“Ntahlah aku pun tak tahu,” jawab Ikram selamba.

“Eh, tadi encik Ikram cakap ulam raja ni boleh melicinkan kulit. Sekarang cakap tak tahu pula,” bidas Syafiqah.

“Yelah, manalah aku tahu. Aku ni bukannya doktor kesihatan. Tadi tu aku main teka-teka saja. Hihihi,” Ikram tergelak kecil.

'Hmm, sabar sajalah aku dapat anak bos macam ni. Asyik kena kelentong saja.'

Syafiqah meneruskan suapannya. Memang makanan di restoran tersebut sedap, sebab itulah pengunjungnya pun ramai.

Sedang ayik menjamu selera tiba-tiba telefon bimbit Syafiqah yang diletakkan di atas meja berbunyi. Bergegar-gegar meja makan itu dibuatnya. Nama pemanggil dipandang sekilas.
'Laa, mamat ni lagi ke. Eeee kacau daun betullah,' Syafiqah cuma membiarkan telefon bimbitnya tanpa dijawab.

Ikram cuma memerhatikan gelagat Syafiqah dengan penuh tanda tanya.

'Siapalah yang telefon buah hati aku ni. Kalau buaya tu yang telefon memang nak kena tembak dengan aku ni. Rasa-rasanya bukan kot,' fikir Ikram.

“Sedap kan makanan dekat sini?”

“A'aa, ye la encik Ikram. Memang sedap sangat. Tak rugi kita makan dekat sini,” Syafiqah menyuap lagi. Hampir separuh saja lagi nasi yang tinggal di pinggannya.

“Itulah, aku ni memang pandai pilih tempat kan. Tengoklah siapa,” Ikram mengacukan ibu jarinya ke arah dirinya sendiri. Syafiqah cuma tergelak kecil melihat gelagatnya.

“Encik Ikram nilah, masuk bakul angkat sendirilah. Hihihi.”

“Isshhh, mengarut betullah. Kalau dah masuk dalam bakul tu, macam mana kita nak angkat. Tentulah orang lain yang tolong angkatkan. Betul tak?”

“Itu peribahasalah encik Ikram.”

“Aku taulah. Saja je buat-buat tak tahu,” balas Ikram sambil tersenyum manis ke arah Syafiqah.

'Cis!!! kena lagi,' rungut Syafiqah.

Sedang asyik menjamu selera telefon bimbit Syafiqah berbunyi lagi. Cukup menggangu tumpuannya di kala ini.

'Hmmm, nak apa lagilah mamat ni,' bebel Syafiqah sebaik melihat nama pemanggil yang sama di skrin blueberrynya.

Tak boleh jadi ni, memang kena angkat panggilannya. Kalau tidak macam mana Syafiqah hendak menjayakan misinya.

“Minta maaf encik Ikram. Saya nak kena angkat call ni,” beritahunya kepada Ikram.

Ikram cuma mengangguk perlahan. Dalam hatinya tertanya-tanya siapalah yang sedang menelefon Syafiqah di kala ini.

Punat terima panggilan akhirnya ditekan juga.

“Hello, hai dear,” kedengaran suara Khairil di hujung talian.

“Hai, Assalamualaikum,” balas Syafiqah.
'Main terjah-terjah saja mamat ni. Tak reti-reti nak bagi salam ke'.

“Hihihi, waalaikummussalam. Dear tengah buat apa tu. Ril menggangu ke ni?”

“Taklah, tak mengganggu pun. Fiqa tengah lunch ni.”

“Oh ye ke. Lunch dengan siapa tu dear.”

“Errr, dengan kawan,” balas Syafiqah ragu-ragu.

“Dengan kawan lelaki ke kawan perempuan?”

'Ish, kenapa banyak tanya sangat mamat ni. Dah macam penyiasat tak bertauliah je. Macamlah aku ni makwe dia pula,' omel Syafiqah.

“Dua-dua,” bohong Syafiqah.

“Oh!!! nanti kirim salam dekat kawan-kawan ye. Hmmm, sebenarnya... Ril rindulah,” luah Khairil tentang perasaannya. Perasaan yang membuatkan dia tidak lena tidur malam tadi.

“Rindu... rindu pada siapa?” Syafiqah menahan gelak di dalam hati. Ternyata Khairil sudah angau dengan dirinya.

“Pada siapa lagi. Pada orang di sanalah. Rindu sangat-sangat ni. Ikutkan hati nak saja Ril terbang ke KL tu. Emm, orang di sana tu tak rindukan orang di sini ke?”

“Hihihi, rindu juga. Rindu sangat sangat sangat,” balas Syafiqah selembut mungkin. Sambil itu mukanya tersenyum-senyum kambing. Senyum kerana telah berjaya membuatkan Khairil gila bayang.

Air muka Ikram berubah sebaik mendengar perkataan rindu yang diluahkan Syafiqah. Tambah pula bila melihat Syafiqah yang tersenyum riang melayani panggilannya. Nampak gayanya pemanggil tersebut bukan calang-calang orang. Mesti orang yang istimewa di hati Syafiqah.

'Siapa agaknya yang telefon Syafiqah. Kalau buaya darat tu... mustahil. Takkan tak sampai seminggu berkenalan dah mengungkapkan perkataan rindu. Hmmm, Syafiqah ni dah ada yang punya ke. Cemburunya aku tengok. Cepat-cepatlah putuskan panggilan tu. Rasa nak terbakar dah telinga ni mendengarnya. Siap cakap dengan nada yang manja-manja pula tu. Kalau dengan aku tak apa juga. Tolonglah,' Ikram menahan rasa cemburu dan sakit hati yang merajai diri di kala ini.

“Betul ni. Tak sangka. Bila agaknya kita dapat berjumpa lagi ye. Tak tahan ni nak menanggung rindu,” luah Khairil lagi.

“Bila-bila pun boleh. Datang jelah ke sini,” gurau Syafiqah.

'Takkanlah semata-mata sebab aku dia sanggup nak datang ke sini. Buang masa saja,' fikirnya lagi.

“Ikutkan hati memang nak pergi sana dah. Tunggu jelah nanti. Oklah dear, tak nak mengganggu dear and the geng tengah lunch. Jangan lupa kirim salam dekat kawan-kawan ye.”

“Ok, boleh saja.”

“Ok bai. I miss you like crazy. Take care coz I do care. Mmmuuaaahh,” ujar Khairil sambil tersenyum keseorangan.

Miss you like crazy konon. Kalau dah rasa gila sangat, masuklah hospital bahagia. Kan ke senang.

“Ok bai. I miss you like crazy too. Mmmuuaaahh,” Syafiqah turut memberikan flying kiss kepada Khairil. Tapi dalam hatinya tak habis-habis gelakkan Khairil.

Panggilan telefon diputuskan. Syafiqah masih tergelak-gelak kecil mengenangkan perbualannya dengan Khairil tadi. Bibirnya tidak habis-habis menguntum senyum, seronok dapat mengenakan Khairil.

“Sori ye encik Ikram sebab panggilan tadi,” kata Syafiqah sambil merenung Ikram.

Terkejut melihat wajah Ikram yang merah semerbak.

'Kenapa pula dengan dia ni. Muka merah dah macam udang kena panggang je. Kalau nak kata makanan ni pedas, sepatutnya dari tadi lagi dah merah. Ni tiba-tiba saja. Memang hairan bin ajaib betullah.'

“Siapa yang call tadi. Buah hati ke?” soal Ikram ingin tahu. Kalau nak diikutkan dia malu hendak bertanya, tapi hatinya begitu memberontak untuk mengetahui siapakah gerangan si pemanggil tadi.

“Ishh tak adalah encik Ikram. Saya mana ada buah hatilah. Encik Khairil je tadi tu. Dia kirim salam dekat encik Ikram,” terang Syafiqah.

“Khairil!!!” bulat biji mata Ikram.Terkejut dan tak sangka dengan jawapan Syafiqah. Tiba-tiba perasaan cemburu dan marah bermain-main di dalam diri.

“Bukan main lagi siap berindu-rindu pula. Itu apa cerita. Kan aku dah cakap hari itu, kau jangan layan dengan Khairil tu. Dia tu buaya. Ramai perempuan yang dia dah mainkan. Aku tahulah perangai dia tu macam mana. Sepatutnya bila aku bagitau macam tu, kau cuba elak dari dia. Ini tidak. Lagi melayan adalah. Kenapa kau suka sangat nak layan dia. Sebab dia tu hensem. Aku ni tak hensem ke sampai kau nak layan dia,” bebel Ikram dengan penuh semangat. Nafasnya turun naik dengan laju sekali.

Syafiqah sedikit pelik mendengar kata-kata Ikram. Mestilah Ikram lebih hensem lagi daripada Khairil pada pandangan matanya. Tapi apa kaitannya dengan dia melayan Khairil. Keliru, keliru.

“Terima kasih atas nasihat encik Ikram. Encik Ikram janganlah risau. Saya tahu jaga diri saya,” balas Syafiqah. Lagipun dia bukannya ada hati dengan Khairil. Itu memang dia pasti, dan tujuan dia melayan Khairil adalah untuk mempermainkannya.

“Huh,” keluh Ikram perlahan. Mukanya diraup perlahan dengan kedua-dua tapak tangannya.
'Kau sukakan buaya tu ke Syafiqah. Aku ni kau tak suka ke. Tapi... aku sukakan kau, aku sayangkan kau. Sayang sangat sangat. Aku tak sanggup lihat kau terluka. Andai kata kau tak sukakan aku tak apa, tapi aku tak akan benarkan hati dan perasaan kau dipermainkan oleh buaya darat tu,' janji Ikram di dalam hatinya.

Baki nasi di pinggan tidak mampu dihabiskan. Seleranya hilang tiba-tiba.

“Kalau dah sudah, jomlah kita gerak sekarang,” ujarnya kepada Syafiqah.

Syafiqah cuma mengangguk perlahan. Malas hendak berkata apa-apa.

'Kenapa pula dengan Ikram ni. Tadi bukan main lapar sangat, tapi sekarang makan pun tak habis. Dahlah order sikit punya banyak. Sekarang kan dah membazir. Tak faham betullah aku dengan perangai dia ni,' rungut hati Syafiqah.

********

Syafiqah mengekori Ikram yang telahpun berada jauh di hadapan. Laju sangat Ikram berjalan meninggalkan Syafiqah. Kebetulan pula tadi Ikram meletakkan Honda Accord di tempat yang agak jauh dari restoran kerana tempat letak kereta di kawasan yang berdekatan telahpun penuh.

'Kenapa pula dia ni, tadi boleh pula jalan sekali dengan aku. Siap gelak-gelak lagi. Sekarang tiba-tiba pula buat perangai macam ni. Dah datang bulan ke apa. Setahu aku orang perempuan saja yang datang bulan ni, tapi inilah lelaki pelik yang aku jumpa yang turut datang bulan macam orang perempuan. Dan kadang-kadang perangainya mengalahkan orang perempuan. Macam manalah makwe dia tu boleh tahan dengan perangai dia ni. Kalau akulah jadi makwe dia, hmmm habislah kau. Setiap hari kena bebel dengan aku,' marah Syafiqah di dalam hati.

Naik lenguh kakinya berjalan laju mengekori Ikram. Ntah macam mana tiba-tiba tumit kasut tingginya termasuk ke dalam lubang kecil yang terdapat di jalan tersebut. Apalagi, terus dia terseliuh dan terjatuh.

“Encik Ikram!!!” jerit Syafiqah spontan.

Ikram yang terdengar seakan-akan Syafiqah memanggilnya tiba-tiba menoleh ke belakang. Terkejut dia melihat Syafiqah yang sudah terduduk di atas jalan. Dengan pantas dia terus berlari mendapatkan Syafiqah. Timbul perasaan bimbang setelah melihat keadaan Syafiqah.

“Kenapa ni sayang, macam mana boleh terjatuh ni?” tanya Ikram lembut.

Hilang perasaan marah dan cemburunya terhadap Khairil, apa yang dibimbangkannya sekarang adalah keadaan Syafiqah. Kaki Syafiqah dilihat sekilas. Tangannya dengan pantas membukakan kasut tumit tinggi Syafiqah.

“Macam mana sayang jalan ni, sampai boleh terjatuh. Mata tu letak dekat kepala lutut ke. Tulah, lain kali hati-hati sikit. Sekarang kan dah sakit. Tengok tu dah bengkak dah,” bebel Ikram lagi sambil menggosok lembut kaki di bahagian buku lali Syafiqah yang membengkak. Kerana terlalu bimbang Ikram sendiri tidak sedar dengan tindakannya.

Syafiqah terdiam melihat tindakan Ikram. Tidak menyangka dengan tindakan spontan Ikram. Jantungnya berdegup laju. Terasa malu bila Ikram menyentuh kakinya. Ikram kelihatan begitu bimbang sekali. Tangannya tidak henti-henti mengurut kaki Syafiqah.

“Aduh,” Syafiqah mengaduh apabila Ikram mengurut di tempat yang sakit.

“Sakit ke, sori sayang,” balas Ikram sambil mendongak ke arah Syafiqah.

Matanya bertentangan dengan Syafiqah yang memang dari tadi memerhatikan tindakannya. Masing-masing saling bertatapan. Jantung Syafiqah berdegup kencang, kencang sekencangnya. Begitu juga dengan Ikram. Kedua-duanya bagai menyimpulkan satu perasaan yang sukar diungkap.

“Err, tak apalah encik Ikram. Biar saya buat sendiri,” ujar Syafiqah bagi membuang jauh perasaannya. Malu diperlakukan sedemikian oleh Ikram. Kakinya ditarik perlahan.

Ikram yang tersedar dengan tindakannya cuma tersenyum kambing.

“Kenapa sayang, malu ke?” soal Ikram lagi, padahal dia sendiri turut malu dengan apa yang dilakukannya tadi. Tapi nak buat macam mana, memang dia bimbangkan Syafiqah. Dia tak mahu sesuatu yang buruk berlaku terhadap insan kesayangannya.

'Takkanlah tak malu. Mestilah malu. Orang gila saja yang tak tahu perasaan malu ni.'
Syafiqah mencuba untuk bangun perlahan-lahan.

“Boleh ke tu. Nak aku dukung tak?” soal Ikram lagi apabila melihat Syafiqah agak susah untuk bangun.

“Tak apa saya boleh buat sendiri. Lagipun bukannya teruk sangat. Terseliuh sikit je.”

'Tu nak ambi kesempatanlah tu, siap nak dukung-dukung aku pula. Baru terseliuh sikit dah nak berdukung, agaknya kalau jadi yang lebih teruk, macam manalah agaknya. Hmmm, tapi kenapa dia risau sangat dengan aku tadi. Seolah-olah dia pun sukakan aku. Tapi, tak mungkin. Dia kan dah ada yang punya,' fikir Syafiqah.

“Arrggghhh!!!,” Syafiqah hampir-hampir terjatuh. Nasib baik Ikram telah bersedia menahan Syafiqah dari terus terjatuh.

“Tulah, tadi berlagak sangat. Over. Aku offer nak dukung, kau tak nak. Ha, ni nasib baiklah aku ada dekat sebelah ni. Kalau tidak dah jatuh macam nangka busuk pula. Dahlah jangan banyak songeh lagi. Jom cepat aku papah kau.”

'Macam nangka busuk. Banyak cantik!!!'

“Tak apalah encik Ikram,” Syafiqah menolak dengan lembut.

'Aku malulah. Kalau kau tu perempuan tak apa juga, ini lelaki. Eeee, lain macam dah aku rasa ni.'

“Kenapa sayang... Malu... Tak payah nak malulah dengan aku. Bukannya orang lain pun, nanti bakal sehidup semati dengan kau juga,” Ikram mula memapah Syafiqah.

'Bukannya orang lain, bakal sehidup semati. Apa yang dia merepekkan ni. Tak faham aku. Aku dahlah sakit-sakit ni, tiba-tiba pula dia bagi statement yang memeningkan kepala otak aku. Hmmm.'

Syafiqah semakin serba-salah. Ikram sudah mula memapahnya. Tangan di belah kirinya pula memegang beg tangan Syafiqah dan kasut tumit tingginya. Kalau disebabkan kakinya tidak sakit sudah pasti dia akan gagahkan juga untuk berjalan. Tapi kerana kesakitan yang melampau dia terpaksa merelakan.

Saat ini memang tak boleh nak digambarkan bagaimana perasaannya. Bermacam-macam yang dia rasa. Malu, berdebar-debar, gembira. Gembira!!!, amboi gatalnya Syafiqah ni. Tapi apa yang pasti jantungnya bergerak begitu pantas sekali. Rasa-rasanya mesti Ikram pun dapat mendengarnya. Tambahan pula bila berada dalam jarak yang terlalu dekat. Haruman Apollo yang digunakan Ikram begitu mengusik naluri kewanitaannya.

'Cepatlah sampai ke kereta. Aku dah tak larat ni, malu sangat. Rasa dah nak pitam pula. Kalau aku betul-betul pitam, maunya dia dukung aku pula. Oh tidak!!!.'

Ikram memapah Syafiqah dengan berhati-hati sekali. Terasa amat-amat bahagia bila Syafiqah berada dekat dengannya.

'Syafiqah sayang. Aku terlalu sayang dekat kau, tapi aku keliru dengan perasaan kau. Adakah tersimpan sekelumit perasaan sayang untuk diri ini,' fikir Ikram sendiri.

Dia sendiri tidak pasti sampai bila dia harus bertahan, mungkin satu hari nanti dia akan meluahkan juga perasaannya. Cuma masa dan ketikanya saja yang belum diketahui.

Thursday, April 21, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011



Jom ramai-ramai memeriahkan PBAKL2011. Sudah bermula pada hari ini. PBAKL 2011 akan dianjurkan pada 22 April – 1 Mei 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. PBAKL 2011 akan beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam, setiap hari berbeza daripada PBAKL 2009.

PBAKL / KLIBF 2011 dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Kontraktor Buku Malayasia (PKBM), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia(PPPBBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
 
Jadi jangan lupa, jom ramai-ramai kita serbu PWTC. Dapatkan buku-buku dengan harga yang berpatutan. Kita jumpa di sana!!!.

Wednesday, April 20, 2011

Bila Hati Dah Sayang - Bab 10

Syafiqah merehatkan badan gebunya di atas katil. Matanya dari tadi terarah pada siling dengan pandangan yang kosong. Penat akibat perjalanan jauh ke Johor Bahru tadi baru kini dirasakan. Lagipun dia bukannya biasa berjalan jauh-jauh ni. Teringat di ruangan matanya peristiwa yang berlaku petang tadi.

“Ok sayang, I'll promise. Ik takkan bawa laju lagi. Jangan menangis lagi ye sayang”.

Lembut bicara Ikram yang memujuknya telah mencairkan hatinya. Lunak suara Ikram membuatkan jiwanya semakin meronta-ronta untuk memiliki diri Ikram.

“Kalaulah hari-hari Ikram panggil aku sayang, tak makan pun tak apa. Setiap hari mesti aku rasa kenyang saja, hmmm” kedengaran keluhan kecil dari bibirnya.

Syafiqah mengiring ke kanan, kemudian dia mengiring ke kiri, sekejap-sekejap dia baring terlentang pula. Apa yang dibuat semua tidak kena saat ini. Telefon bimbit yang berada di bucu katil diambilnya dan dipandang kosong.

“Kenapa ni, rindu sangat rasanya. Nak dengar suara dia, nak tengok muka hensemnya tu. Paling tak tahan dekat lesung pipitnya yang dalam tu. Eee manis sangat-sangat. Ya Allah, rindunya. Kalaulah aku ada nombor telefon kau Ikram, malam ni juga aku call”.

Ntah apa yang merasuk diri Syafiqah kala ini. Setiap saat dia asyik teringatkan Ikram. Pejam mata saja, wajah Ikram yang menjelma. Kalau celik mata lagilah, merata-rata wajah Ikram dilihatnya. Wajah Ikram yang sedang tersenyum kacak ke arahnya. Haii, memang tak boleh tidur malam dia malam ni sebab asyik teringatkan Ikram.

“Opocot!!!” latah Syafiqah yang terkejut dengan nyanyian Tomok yang kedengaran dari telefon bimbitnya.

“Hmmm, terkejut betul aku dibuatnya. Ni siapa pulalah yang telefon tengah-tengah malam ni. Kalau Ikram yang call ok juga. Tengah-tengah malam ke, pagi-pagi buta ke aku tak kisah. Sanggup je layan. Laa... mamat ni ke” Syafiqah agak cuak sebaik melihat nama yang tertera di skrin blueberrynya. “Buaya Tembaga” gelaran yang diberikannya kepada Khairil.

“Sebab nak menjayakan misi aku untuk mempemainkan kau, jadi terpaksalah aku angkat juga. Kalau nak diikutkan hati ni, aku cancel je panggilan kau ni” bebel Syafiqah lagi lantas menekan butang terima panggilan di telefon bimbitnya. Kedengaran suara lelaki yang agak macho di hujung talian.

“Hello.. Assalamualaikum”.

“Waalaikummussalam” jawab Syafiqah sepatah.

“Ingatkan dah tidur tadi. Sajalah cuba-cuba nasib, tak sangka pula orang kat sana tu belum tidur lagi. Hihihi” kedengaran ketawa halus Khairil.

Syafiqah cuma mencebik sambil menjelir lidah. Nasib baiklah Khairil tu jauh di hujung talian, kalau tidak memang jatuh saham dah ni. Macam mana aku nak tidur, tak boleh tidur sebab teringatkan buah hati, hmmm.

“A'aa belum tidur lagi. Fiqa memang selalu tidur lewat” bohong Syafiqah. Padahal kalau dah mengantuk sangat pukul 9 dia dah cari katil.

“Ooo ye ke. Hmmm, tak menggangu ke ni. Manalah tau kot-kot nak tidur dah”.

Mengganggu sangat-sangat tau tak. Kalau dah tau menggangu janganlah telefon. Lagi mau tanya. Menyampah.

“Ehh, tak lah. Mana ada mengganggu” bohong Syafiqah lagi.

“Betul??. Sikit pun tak mengganggu”.

“Iye, betul. Sikit pun tak. Sebesar kuman pun tak ada”.

“Kalau macam tu baguslah. Risau juga tadi ganggu anak dara orang malam-malam macam ni” Syafiqah mencebik lagi mendengar kata-kata Khairil.

“Err, sebenarnya... sebenarnya...” Khairil tergagap-gagap. Ntah kenapa lidahnya menjadi kelu tatkala ingin berbicara lebih lanjut. Padahal kalau dengan perempuan lain bukan main lagi dia berjiwang karat. Tak habis-habis dengan ungkapan sayangnya tu.

“Sebenarnya apa” sergah Syafiqah. Dah dapat sakit gagap ke apa dia ni.

“Sebenarnya, Ril nak tanya Fiqa sesuatu ni. Tapi tak pasti pula kalau soalan tu sesuai nak ditanya atau tak” Khairil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba dia kehilangan kata-kata.

Isshhh, cakap berbelit-belit. Tengah sembelit ke apa dia ni. Cakap tertahan-tahan je. Cakap sajalah.
“Bagi tahu lah dulu apa soalannya. Kalau rasa sesuai Fiqa jawab, kalau tak tu, Fiqa tak jawablah”.

“A'aa ye. Betul juga kan. Saja je nak tanya, emmm Fiqa ni dah ada yang punya ke?”.

Syafiqah tersengih-sengih mendengarkan soalan Khairil. Suka sangat dengan soalan yang diajukan Khairil. Maknanya memang Khairil ada hati dekat dia ni.

“Emmm, cubalah teka” Syafiqah bermain tarik tali pula dengan Khairil.

“Kalau suruh Ril teka, mesti dah ada yang punya ni. Masakan orang yang cantik macam Fiqa ni still single lagi. Mesti dah ada pakwe kan” Khairil berserkap jarang. Namun dalam hatinya amat-amat berharap Syafiqah masih solo lagi.

“Emmm, kalau Fiqa kata belum ada lagi. Macam mana”.

“Yesss!!!” jerit Khairil sambil terlompat-lompat kecil. Dah macam beruk mak yea pun ada. Ada harapan dia nak masuk line ni.

Syafiqah cuma tergelak kecil mendengar jeritan Khairil. Seronoknya, memang dah tersangkut habis dekat aku ni.

“Betul ke ni. Still single lagi. Tak tipu kan” tanya Khairil lagi dengan perasaan yang berbunga-bunga.

“Betullah tu. Nak tipu buat apanya. Berdosa tau”.

“Kalau macam tu, maknanya Ril ada peluang lah kan”.

“Peluang??. Peluang apa pula tu” Syafiqah buat-buat tak tahu.

“Peluang untuk mencuri hati Fiqa. First time nampak Fiqa tadi, hati Ril ni dah berdebar-debar. Rasa macam ada yang tak kena. Macam jatuh cinta pandang pertama pula” Khairil bernada serius. Memang itulah yang dia rasa sewaktu pertama kali berjumpa dengan Syafiqah. Dan perasaan yang terlahir itu tidak seperti perasaannya pada perempuan-perempuan lain yang dikenalinya.

“Emmm, maybe. Tengoklah macam mana cara Ril dulu samada dapat membuatkan hati Fiqa ni terusik ataupun tak”.

“Maknanya... boleh lah ni?” soal Khairil lagi. Kalau dia berjaya memikat Syafiqah, memang lepas ni dia akan pencen dengan statusnya sebagai Playboy JB. Akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Syafiqah seorang. Memang dia serius benar ingin menjalikan hubungan dengan Syafiqah, gadis pertama yang telah mencuri hatinya.

“Peluang tu ada, cuma pandai-pandailah gunakannya dengan sebaik mungkin” Syafiqah berdolak-dalih. Hmm aku nak tengok ayat power macam mana yang kau guna dan cara apa yang kau guna untuk pikat aku. Barulah best kalau macam ni, aku akan mainkan kau teruk-teruk. Baru puas hati aku. Bila kau dah syok gila, lepas tu aku akan tinggalkan kau. Biar padan muka kau. Antara rancangan jahat Syafiqah yang sedang bermain-main di kepala otaknya sekarang.

“Betul ni. Ok, kalau macam tu. I'll take your challenge”.

“Take lah, jangan tak take. Nanti rugi. Hihihi”.

“Hihihi, ye lah, nanti rugi kan. Oklah dear, dah lewat ni. Fiqa pun mesti dah mengantuk kan. Sweet dream dear, malam ni tidur tu mimpikan Ril ye”.

“Of course dear” ciss apa kes pula ni. Nak ber “dear” “dear” pula dah. Tak apalah, bagi dia syok sikit.

“Ok, baii. Miss you”.

“Miss you too” balas Syafiqah sambil mematikan panggilan.
“Kah kah kah” Syafiqah tergelak kuat. Rasa nak terkeluar isi perut dia dapat memainkan Khairil tadi. Itu baru sikit, belum sampai tahap yang serius lagi ni. Naik meremang juga bulu romanya mendengar bicara lembut Khairil.

“Ahhh, malaslah nak ingatkan mamat sewel tu, baik aku ingatkan Ikram. Tak sabarnya nak tunggu hari esok. Tak sabar nak pergi ofis dan jumpa dengan Ikram. Duhai malam, cepatlah kau berlalu, diri ini tak tahan menanggung rindu” jam di atas laci ditoleh sekilas.

“Laa, baru pukul 12 malam. Ada lagi 8 jam sebelum dapat jumpa dengan Ikram ni. Lama gila. Hmmm, macam mana nak buat ye. Mata pula tak reti-reti nak tidur ni. Ahh, layan dvd lah” lantas tangannya laju memilih koleksi dvd yang menjadi kesukaannya.

“Haa, yang ni mesti best. Boleh buat pecah perut aku pagi-pagi buta ni”.

Dvd Hantu Kak Limah Balik Rumah itu dipasang. Semoga dengan menonton dvd tersebut dia dapat mengurangkan kerinduannya yang terlampau terhadap Ikram.

“Macam mana dating hari tu. Best” soal Nina yang baru saja sampai ke pejabat. Beg tangannya pun belum diletakkan di dalam laci, terus saja dia menerjah ke tempat Syafiqah.

“Dating apa ke bendanya. Merepek lah kau ni. Tak faham aku. Kalau ye pun, bagilah salam dulu. Ni tak, main terjah je” Syafiqah yang sedang mengemaskan meja kerjanya menoleh sekilas ke arah Nina.

“Ye la. Assalamualaikum. So macam mana dengan dating hari tu. Best tak. Ce cerita dekat aku. Aku excited gila nak dengar ni”.

“Waalaikummussalam. Dating apa nya. Aku betul-betul tak fahamlah. Lagipun aku bukannya ada pakwe nak keluar dating ni”.

“Alaa, buat-buat tak tahu pula. Habis tu, yang kau pergi JB dengan singa jantan tu apa. Bukan dating ke namanya. Berdua pula tu”.

“Ohh, itu atas urusan kerjalah. Ada meeting kat sana. Apa pula pergi datingnya. Memandai saja kau ni. Kalau di dengar encik Ikram nanti, tak ke naya”.

“Alaa, apa yang nayanya pula. Aku rasa dia syok kat kau lah Fiqa” duga Nina lagi.

“Hmmm, bagusnya kalau perkara tu betul-betul terjadi. Tapi dia dah ada makwe lah” fikir Syafiqah.
“Dah lah kau jangan nak buat hot story pula pagi-pagi buta ni. Aku dah lah mengantuk ni. Nanti karang tak fasal-fasal ada yang lebam biji mata karang” ujar Syafiqah sambil menguap kecil.

“Oiii tak kan lah. Baru sampai ofis dah ngantuk. Kerja pun belum start lagi. Tengok mata tu, sembab semacam je. Kau pergi bertapa kat mana malam tadi”.

“Banyaklah kau punya bertapanya. Aku tak boleh tidur lah. Ntah pukul berapa aku terlelap, aku pun tak sedar”.

“Hmmm, ntah apalah yang kau fikirkan sampai tak boleh tidur ni. Tak pernah-pernahnya tak boleh tidur. Selalunya kalau nampak katil saja terus lelap kan”.

“Fikir apa lagi kalau bukan teringatkan Ikram saja. Nak tidur pun tak lena. Dah tu dalam mimpi pun asyik mengganggu saja. Memang rindu gila ni. Dah pukul 8 suku ni, tak nampak pula batang hidung dia. Cepatlah datang Ikram” omel Syafiqah sendiri.

“Assalamualaikum, selamat pagi” ujar Ikram yang baru saja tiba ke pejabat. Apabila ternampak Syafiqah yang tengah rancak berbual-bual dengan Nina, dia pun singgah sama. Senyuman manis dilemparkan kepada Syafiqah dan juga Nina.

“Waalaikummussalam, selamat pagi encik Ikram” jawab Nina.

Syafiqah cuma membisu tanpa kata. Dia merasakan dirinya seakan-akan terbang melayang-layang melihatkan senyuman menggoda Ikram. Macam nak pengsan di situ saja rasanya.

“Berbual apa tadi, rancak sangat nampaknya” soal Ikram lagi. Matanya memandang Syafiqah sekilas. Kalau diikutkan hati, nak ditenungnya lama-lama. Tapi melihatkan Nina ada bersama, tak jadilah dia berbuat demikian.

“Tak ada apalah encik Ikram, berbual kosong je” jawab Nina apabila dilihatnya Syafiqah cuma membatu diri. Memang Syafiqah hendak menjawab tapi suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong. Tak tahu hendak digambarkan perasaannya saat ini.

“Macam biasa, tolong buatkan aku kopi satu ye. Lepas tu masuk bilik sekejap” arah Ikram lagi kepada Syafiqah dan terus mengatur kaki menuju ke biliknya. Rindu nak tenung Syafiqah lama-lama, jadi tempat yang paling sesuai mestilah di dalam biliknya.

“Weii!!!, kau ni dah bisu ke. Singa jantan tu tanya tapi kau tak menjawab pun. Selalu banyak mulut sangat. Pelik aku dengan perangai kau hari ini. Dah terkena sawan bisu ke apa”.

“Banyaklah kau punya sawan” marah Syafiqah sambil menampar perlahan bahu Nina.
“Dah lah aku nak pergi buat air untuk encik Ikram tu” balasnya lagi sambil menuju ke pantri.

“Masuk” laung Ikram dari dalam.

Syafiqah yang memegang cawan kopi di tangannya berjalan perlahan-lahan. Jantungnya berdegup bukan main kencang saat ini. Bimbang juga dia kalau-kalau Ikram dapat mendengarnya. Mesti malu gila. Ntah kenapa dia menjadi malu pula dengan Ikram. Ini mesti berpunca dari kejadian yang berlaku sewaktu pulang dari Johor Bahru tempohari.

“Duduk” arah Ikram sambil merenung tajam ke arah Syafiqah. Ingin dilepaskan rindu yang sarat ditanggungnya saat ini.

Syafiqah tidak membantah. Setelah meletakkan cawan di atas meja, dia terus duduk.
“Ya Allah, kuatkan lah semangat aku. Kenapa aku jadi malu pula dengan dia ni. Nak bertentang mata dengan dia pun tak berani ni. Aduh, kenapa macam ni pula jadinya. Padahal malam tadi bukan main rindu sangat-sangat” rungut Syafiqah sendiri sambil merenung lantai. Diam tak terkutik. Agak lama jugalah dia berkeadaan sedemikian. Tak sedar yang Ikram begitu asyik memerhatikannya.

“Kenapa diam ni. Cakaplah apa-apa. Isshhh serba salah pula aku” bebel Syafiqah sendiri.

“Buat apa tenung-tenung lantai tu. Ada muka aku ke kat situ. Lebih baik kau pandang wajah yang original kat depan kau ni” tegur Ikram sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

Merah dah muka Syafiqah ni, tak tau nak cakaplah. Kalau diikutkan hati memang nak direnungnya wajah Ikram sepuas hati, tapi perasaan malu pula mengusik diri.

“Kenapa pula encik Ikram cakap macam tu” Syafiqah memberanikan diri. Didongakkan mukanya dan merenung wajah yang amat-amat dirinduinya itu. Hensem, memang hensem. Sesaat mata bertentang mata, degupan jantung turut laju menjadi irama di kala itu.

“Ye lah, macam pelik saja aku tengok kau hari ini. Selalu tak macam ni pun” Syafiqah mencebik mendengar kata-kata Ikram.

“Kata aku pelik lah pula. Habis, dia tu tak pelik ke. Hari tu bawa kereta laju-laju dah macam orang mati bini saja” rungut Syafiqah lagi.

“Tak ada apalah encik Ikram”.

“Eh, kenapa mata kau sembab tu. Tak tidur ke malam tadi?” risau pula Ikram melihat keadaan gadis kesayangannya. Mata tu dah macam kena tumbuk dengan buku lima saja.

“Aaaa. Tak cukup tidur lah encik Ikram” prihatin betullah pula dia ni. Perasan pula dengan keadaan mata aku macam ni. Hati Syafiqah berbunga riang.

“Lain kali jaga sikit kesihatan tu. Nanti kalau sakit siapa yang susah. Aku juga yang susah. Betul tak sayang” Ikram memandang dalam ke wajah Syafiqah.

“Dia dah mula dah. Bersayang sayang pula ni. Ikram, kenapa nak mainkan perasaan aku sampai macam ni. Dah tak tahan rasanya diri ini bermain-main dengan perasaan. Apa gunanya ungkapan sayang yang dilahirkan kalau perasaan itu nyata milik orang lain” dengus Syafiqah di dalam hati.

Tiba-tiba dirinya menjadi sayu. Kenapalah dirinya tidak menjadi pilihan Ikram. Kenapa orang lain pula yang menjadi pilihan hatinya. Sesaat hati Syafiqah bagaikan ditusuk dengan sembilu bisa. Pedih teramat dirasakannya.

“Encik Ikram, boleh tak jangan panggil saya sayang”.

“Kenapa.. kau tak suka ke” tanya Ikram pula.

“Suka, suka sangat-sangat. Tapi dah tak ada maknanya kalau hati tu telah pun diberikan kepada orang lain” rungut hati Syafiqah lagi.

“Ye la, ada orang lain lagi yang lebih layak untuk menerima ungkapan sayang dari encik Ikram. Bukannya saya” Syafiqah mengingatkan Ikram.

“Orang lain, masuk kau??”.

“Buah hati encik Ikramlah. Siapa lagi. Cuma dia saja yang berhak menerima ungkapan sayang tersebut” luah Syafiqah perlahan. Tersedar dirinya cuma menagih kasih yang tidak pasti.

“Ohh, lupa pula. Tapi tak apa kan. Rasa-rasanya tak ada salah pun, betul tak. Kita hidup ni memang untuk berkasih-sayang” Ikram tersenyum menduga.

Silap Ikram juga sebab hari itu dia cakap yang dia sedang dilamun cinta. Ingin berterus-terang dengan Syafiqah tentang hati dan perasaannya namun dia tidak pasti bagaimana ingin memulakannya. Tambahan pula dia takut jika dikecewakan, apa lagi bila teringatkan layanan mesra Syafiqah kepada Khairil tempohari. Sakit sungguh hatinya bila mengenangkannya.

“Memang kita hidup ni untuk berkasih-sayang, tapi kenalah dengan orang yang betul kan. Kalau dengan orang yang tak betul tu, susahlah pula. Nanti lain pula jadinya”.

“Ha ha ha ha” Ikram tergelak kuat. Sakit perutnya medengar kata-kata Syafiqah. Sampai naik merah mukanya gelakkan Syafiqah.

Syafiqah yang agak malu-malu tadi tiba-tiba berasa hairan dengan gelagat Ikram.
“Apasal ni. Aku ada tersilap cakap ke. Rasa-rasanya tak ada yang salah” rungut hati kecilnya.

“Kenapa encik Ikram ni. Sihat ke tak. Lain macam sangat gelaknya tu”.

“Ha ha ha, sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada kau. Kau sihat ke tak hari ini”.

“Mestilah saya sihat. Kalau tak sihat, tak adalah saya datang kerja. Encik Ikram tu lah yang tak sihat, tiba-tiba je gelak sorang-sorang”.

“Serius ni. Betul kau sihat ni” soal Ikram dengan nada yang agak penat. Penat sebab ketawa sampai tak ingat dunia tadi.

“Serius lah. Memang saya sihat” Syafiqah semakin hairan.

“Kalau macam tu baguslah. Aku ingatkan kau dah tak betul tadi. Selalunya orang yang tak betul ni duduk dekat Tanjung Rambutan tu” terang Ikram sambil berpeluk tubuh.

“Apa kaitannya pula dengan orang dekat Tanjung Rambutan tu dengan cerita kita sekarang ni” Syafiqah sedikit keliru. Memang hairan tahap ultraman taro dah ni.

“Ye la, kau cakap tadi jangan berkasih-sayang dengan orang yang tak betul. Risau juga aku ni takut kau ni pun spesis orang yang tak betul juga. Spesis orang yang duduk dekat Tanjung Rambutan tu lah. Ha ha ha” Ikram sambung gelak balik.

Syafiqah cuma mencebik geram.
“Eeee dia ni lah, aku cakap go straight, dia cakap go belok-belok pula. Tu yang sesat jalan tu. Maksud aku dengan orang yang sesuai lah. Memang mangkuk bertingkat lah dia ni. Nasib baiklah kau ni anak bos aku, kalau tidak.... eeee” omel Syafiqah yang menahan geram. Hilang perasaan malunya sebentar tadi melihatkan kerenah Ikram.

“Encik Ikram panggil saya ni ada apa. Kalau tak ada apa-apa saya nak keluar dulu” Syafiqah malas tunggu lama dalam bilik Ikram. Takut pula timbul gosip liar, tambahan pula Nina yang merupakan radio bergerak tu sentiasa mencari berita sensasi untuk dihebahkan.

“Macam-macam lah kau ni. Sakit betul perut aku. Hi hi hi” Ikram melepaskan tawanya yang masih bersisa.

“Laa, tak habis-habis lagi ke nak gelak. Cukup-cukuplah tu. Nanti ada yang nak kena sumbat dengan kasut tumit tinggi aku ni” fikir Syafiqah lagi. Mukanya ditarik kelat.

“Mak aii masamnya muka. Marah ke. Alalala, aku gurau je lah. Janganlah marah. Hidup kalau tak bergurau senda ni tak ada nikmatnya” ujar Ikram lagi sambil tersenyum kacak.

Syafiqah tersenyum manis. Pandai pula Ikram ni mengambil hatinya. Sesaat dia merasa amat-amat bahagia.

“Macam ni, lunch nanti kau pergi mana. Aku ingat nak ajak kau lunch sekali. Dekat restoran baru di simpang jalan depan tu. Dengar cerita makanan dekat situ sedap-sedap” Ikram memberitahu niat sebenarnya. Teringin dia nak makan berdua-duaan dengan Syafiqah. Semasa di JB dulu niatnya terbantut disebabkan kehadiran Khairil.

“Hmmm, tak tahu lagilah encik Ikram. Nanti saya bagitau boleh” serba salah Syafiqah membuat keputusan. Teringin juga dia hendak keluar makan bersama-sama dengan Ikram, tapi dia bimbang dengan perasaannya yang begitu kuat terhadap Ikram. Tambahan pula layanan Ikram kepadanya semakin baik.

“Ok kalau macam tu aku tunggu jawapan kau sampai pukul 12 nanti ye. Kalau boleh aku nak dengar good news. Ok sayang”.

Hmmm, sayang lagi.
“Ok encik Ikram. Nanti saya bagi jawapan secepat yang mungkin ya. Kalau tak ada apa-apa saya nak keluar dulu” Syafiqah sudah berdiri menandakan dia ingin keluar dari bilik Ikram.

“Eh, nanti dulu. Ada lagi satu” sapa Ikram sambil menghulurkan cawan kopi yang telah kosong.
“Segelas lagi ye sayang”.

Syafiqah cuma mengangguk perlahan sebagai jawapan. Langkah kaki dihala keluar .
“Hmmm, dia memang hantu kopi betullah. Nasib baiklah dia pun tak gelap macam kopi ni”

Ikram cuma memandang Syafiqah tidak berkelip sehinggalah Syafiqah hilang dari pandangan matanya. Terasa hilang rindunya untuk seketika. Ikram berharap agar Syafiqah sudi keluar makan bersama-sama dengannya tengahari nanti. Dia berharap sangat-sangat.


Thursday, April 14, 2011

Pulanglah


Pulanglah wahai teman
Kembalikan keceriaan kami di sini
Pedulikan pada mereka yang membenci
Masih ramai lagi yang menyayangi

Cemburu, dengki dan iri hati
Itu sememangnya adat dunia
Pedulikan itu semua
Jangan sampai melemahkan mu

Orang nak kata apa
Pedulikan mereka
Orang nak bilang apa
Pedulikan mereka

Menulis itu adalah jiwamu
Puisi itu adalah nadimu
Teruskan, lakukan kesemuanya
Jangan siakan bakat yang ada padamu

Untuk kesekian kalinya
Pulanglah, pulanglah
Kami di sini merinduimu


Wednesday, April 13, 2011

Jeruk Hantu

Musim durian datang lagi. Roy mengikut rakannya Arif pulang ke kampungnya di Perak untuk merasai suasana musim durian di kampung....

Arif : Ni la dusun durian orang tua aku...

Roy : Semua ni? Luasnya! Siap ada rumah lagi...

Arif : Bukan rumah ... itu dangau, tempat berteduh masa tunggu durian gugur. Bukan semua kawasan ni, dari sini sampai tepi sungai tu dan dari pokok besar tu sampai ke busut belah sana tu... enam ekar je!

Roy : Enam ekar? Huh! Kira luaslah tu!! Banyak pokok duriannya yek?

Arif : Taklah banyak sangat sebab ni dusun lama, pokoknya semua pokok lama. Arwah datuk aku dulu yang tanam masa zaman dia muda-muda dulu, masa mula buka kampung ni. Tanam tak tersusun dan campur dengan pokok-pokok lain.

Roy : Patut le pokok-pokoknya besar dan tinggi, macam pokok balak. Buahnya pun sayup-sayup tinggi. Kat tepi highway aku tengok banyak juga ada dusun durian, tapi pokoknya taklah tinggi macam ni dan rendang pulak tu

Arif : Tu dusun baru... dusun sekarang ni banyak tanam durian kahwin, klon jenis yang baru. Pokoknya tak tinggi sangat dan dahan banyak, rendang, buahnya pun lebat dan sedap. Kebun orang tua aku ni tanah pusaka, bapa aku kata sayang nak tanam baru nanti putus sedekah arwah datuk aku tu...

Roy : Putus sedekah?

Arif : Ha la... orang tua-tua dulu tanam pokok ni niat sedekah kepada anak cucu, orang ramai dan binatang. Mereka bukan nak kira untung, tapi nakkan bekal bila dah mati. Itu orang dulu laa... sekarang ni kita buat dusun sebab nak untung, lagi pun beli tanah mahal-mahal, dah tentulah nakkan pulangannya!

Roy : Ooo.. gitu ke? Panjang pemikiran orang dulu-dulu ni...

Arif : Ha! Baik-baik jalan tu, terpijak pulak buah durian tu

Roy : Mana?

Arif : Tengoklah! Cari .... sambil jalan tu tengoklah kat tanah. Kadang-kaang terbalut dengan daun, kadang-kadang terbenam separuh dalam tanah!

Roy : Terbenam??

Arif : Terbenamlah sikit... pokok tinggi, buah besar dan tanah pulak lembut

Roy : Hah!! Tu.. tu ada selonggok kat bawah pokok hujung sana tu!! Banyaknya!! Jom gi ambik...

Arif : Hisy!! Itu tak boleh....

Roy : Tak boleh?! Kenapa pulak?

Arif : Jeruk hantu....

Roy : Hantu?? Ada hantu ke kat sini? Isy!! Seram aku... patut le banyak berlonggok durian tu, tak siapa berani ambil!! Jom pergi tempat lain, aku takutlah!

Arif : Takut apa pulak?

Roy : Hantulah! Kau yang kata tadi ada hantu kat bawah pokok durian yang sana tu. Eeee... seramlah!! Ni senja-senja macam ni time dia keluar ni!! Jomlah kita balik, esok pulaklah kita cari durian ni!!

Arif : Hahaha.... Pengecut juga rupanya city boy ni!! Tak ada hantulah, zaman sekarang ni hantu pun dah berhijrah entah ke mana dah!!

Roy : Yang kau kata hantu tadi??

Arif : Itu jeruk hantu!! Durian yang bertimbun kau tunjuk tadi tu namanya durian jeruk hantu!!

Roy : Oooo... jenis durian!! Sedap ke? Jom le ambik!!

Arif : Tak boleh! Tak boleh ambik... tak boleh makan!!

Roy : Kenapa pulak?

Arif : Sebab... sebab jeruk hantu!!

Roy : Takut hantu marah ke?? Eeee... macam cerita hantu Kak Limah pulak!!

Arif : Bukan takut hantu Kak Limah marah, tapi takut kau tu yang tak lalu makan!!

Roy : Kenapa??

Arif : Tak elok.. busuk!

Roy : Oooo.. durian busuk ke? Buat tempoyak aje la yek?

Arif : Tak boleh juga.. kalau jenis jeruk hantu ni, buat tempoyak pun tak boleh. Buahnya pecah berbuih-buih dan isinya tak masak tapi dah lembik berbuih-buih. Langsung tak boleh nak buat apa, biar reput aje bawah pokok tu...

Roy : Sesuai le dengan namanya...


Oleh : Prof. Madya Dr Nor Hisham Osman


Glosari

Jeruk hantu - (dialek Perak)
Sejenis penyakit durian, buahnya tidak boleh dimakan kerana busuk.
Isinya berbuih-buih dan hancur.
Selalunya apabila gugur buahnya akan merekah atau pecah.


Bila Hati Dah Sayang - Bab 9

“Eh, tak kan dah nak balik bro. Jom lah kita pergi lunch dulu” Khairil mempelawa apabila dilihatnya Ikram berjalan laju keluar selepas mesyuarat yang berlangsung lebih kurang 2 jam itu berakhir.

Tujuan utama Khairil adalah untuk meluangkan sedikit masa bersama dengan Syafiqah. Belum puas dia melihat wajah ayu Syafiqah, dan kalau boleh dia ingin pertemuan tersebut tidak berakhir di sini saja. Dia menginginkan wujudnya pertemuan kedua dan seterusnya bersama Syafiqah.

Syafiqah cuma membontoti Ikram dari belakang. Mesyuarat yang membosankan tadi menyebabkan perutnya begitu rancak memainkan irama dondang sayang. Tambahan pula dia cuma makan sedikit saja pagi tadi. Memang teramat lapar dirasakannya.

“Tak pe lah Ril, aku rasa lebih baik kita orang balik dulu. Lagipun hari dah mendung ni. Mesti hujan turun lebat nanti ni. Encik Mustapha pun dah balik kan, tak best pula kalau kita makan bertiga saja” Ikram cuba mengelak.

Mana boleh nak makan sekali, itu namanya memberi peluang kepada Khairil untuk meratah wajah Syafiqah lebih lama. Ikram tidak mahu membiarkan hatinya semakin membengkak dengan situasi yang menyakitkan hatinya.

“Alaa, jom lah bro. Kesian dekat cik Syafiqah ni. Mesti dia dah lapar. Kan cik Syafiqah kan?” Khairil dan Ikram memandang Syafiqah. Menunggu jawapan yang terbit dari bibir kecil itu.

“Please Syafiqah, say no, no. Kalau kau cakap yes, nanti kau balik jalan kaki” Ikram berharap.

“A'aa boleh juga. Memang perut ni dah lapar pun. Dah macam-macam lagu yang keluar” hampa perasaan Ikram sebaik mendengar jawapan Syafiqah.

“Alaa, lapar sangat ke. Kita singgah makan dekat R&R nantilah. Lagipun hari kan dah gelap nak hujan tu” cadang Ikram. Kalau boleh dia ingin cepat-cepat membawa Syafiqah pergi dari sini. Bimbang perasaannya akan menjadi semakin parah. Melihatkan mata keranjang Khairil yang tidak henti-henti memandang Syafiqah membuatkan jiwanya semakin tidak keruan.

“Encik Ikram, mendung tak bererti hujan. Lagipun kita datang naik kereta, bukannya naik motor ke, basikal ke, kereta lembu ke. Biarlah hujan pun. Bukannya basah. Lagipun perut saya dah pedih ni. Lapar. Saya ada gastrik encik Ikram, kalau makan lambat-lambat nanti saya pitam” kelentong Syafiqah. Simpang malaikat 44 lah kalau terkena gastrik, tapi perut Syafiqah memang dah lapar sangat. Kalau nak diikutkan, dia pun tak ingin nak makan bersama-sama dengan Khairil.

Banyaklah kau punya gastrik, sebelum ni ok je. Ke kau pun nak menggatal dengan si Khairil ni. Marah sungguh Ikram di kala ini.

“Haaa, kan aku dah cakap. Cik adik manis ni mesti dah lapar. Ye la, agak-agaklah bro. Dah tengahari ni. Orang gila kat Tanjung Rambutan tu pun tau lapar. Jom kita pekena kat Restoran Malay Village. Makanan kat situ.. perrgghhh!!!, terangkat beb. Restoran tu pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan tau”.

“Ye ke encik Khairil. Wahh, mesti makanannya sedap-sedap kan. Bolehlah encik Ikram, saya pun teringin nak merasa masakan orang JB ni” pujuk Syafiqah lagi.

“Ye la, ye la. Jom cepat” Ikram mengalah walaupun dalam hatinya menolak keras cadangan Khairil. Tapi apakan daya bila insan tersayang turut mendesak sama.

“Ok set. Kita pergi naik kereta aku lah bro. Senang sikit”.

“Tak payahlah, naik kereta sendiri lagi senang. Nanti tak payah nak balik sini semula” Ikram menolak cadangan Khairil. Pandailah kau nak suruh naik kereta kau pula, ingat aku tak tau apa yang bermain di kepala otak kau tu. Kalau dah satu kereta, lagi senanglah kau nak usha Syafiqah. Hmmm, bijak bijak.

Ikram terus mengatur langkah kakinya menuju ke Honda Accordnya. Syafiqah di belakang cuma mengekori tanpa sepatah kata. Hairan pula dia melihat wajah Ikram yang tiba-tiba kelat.

Alunan lagu rancak yang ke udara di corong radio tidak dapat menenangkan hati Ikram. Tidak tahu apa pula yang akan dilakukan oleh Khairil nanti.

“Memang nak kena dengan aku lah si Khairil ni. Memang dasar buaya darat. Pantang nampak yang berdahi licin saja semua dia nak kebas. Tapi kalau Syafiqah ni kau cuba kacau, itu maknanya kau memang nak merasa penumbuk sulung aku ni. Kalau betul-betul nak merasa, kau cuba try la” Ikram melayani perasaannya sendiri. Semakin jauh dia membawa fikirannya memikirkan hubungannya dengan Syafiqah. Salah Ikram juga sebab tidak berterus-terang dengan Syafiqah tentang hati dan perasaannya. Kalau dari awal lagi dia memberitahu perkara yang sebenarnya tidaklah dia makan hati sebegini rupa.

“Encik Ikram, encik Ikram!!!” laungan Syafiqah mengejutkan lamunan Ikram sebentar tadi.

“Kenapa kau ni. Nasib baik jantung aku ni berfungsi dengan elok” terkejut Ikram dengan panggilan Syafiqah.

“Ye la, dah lampu hijau tu. Takkan tak nak jalan, kereta dekat belakang tu dah banyak kali hon”.

“Oh ye ke, sori. Tak perasan pula aku” Ikram meneruskan pemanduannya. Kereta Khairil yang diekori tadi telah jauh berada di depan.

“Encik Ikram ni kenapa. Takkan teringatkan dekat buah hati sampai macam tu sekali. Bertuah betul buah hati encik Ikram tu ye” duga Syafiqah. Cemburu juga dia kalau Ikram memang benar-benar teringatkan buah hatinya. Orang tengah dilamun cinta. Macam inilah perangainya. Sentiasa gila bayang, fikirnya lagi.

“Dah lah, kau jangan nak mengarut pula. Kau ni lapar sangat-sangat ke, sampai nak makan sekali dengan si Khairil tu. Aku tak sukalah” luah Ikram.

“Memang saya tengah lapar ni encik Ikram. Pagi tadi makan nasi lemak pun sikit je, tak habis. Kenapa pula encik Ikram tak suka dengan encik Khairil tu. Kalau tak suka, tak apalah. Kita terus balik sajalah” kedengaran nada rajuk Syafiqah. Semakin hairan dia melihat tingkah laku Ikram saat ini.

“Memang tak boleh nak duga langsung mood dia ni. Sekejap ok, sekejap tak. Peninglah kepala aku macam ni. Dia belum tengok lagi mood aku pula, nanti karang kalau aku buat perangai, teruk kau” rungut Syafiqah.

“Kau tau tak, Khairil tu buaya darat. Bukan setakat buaya darat, dah jadi buaya tembaga lagi. Pantang nampak awek cun, mulalah nak jadi ulat bulu. Kalau boleh semua yang cun-cun dia nak kebas. Masa zaman belajar dulu, berapa ramai makwe dia dulu. Bersilih-ganti. Tak pernahnya kekal lama. Maklumlah orang macam tu setakat nak main-main saja. Jadi aku dah bagitau ni, aku harap kau hati-hatilah” terang Ikram panjang lebar. Puas dia rasa setelah menceritakan perilaku Khairil kepada Syafiqah. Dia berharap Syafiqah tidak akan terpedaya dengan lembut manis bicara yang keluar dari mulut Khairil.

“Kenapa pula saya nak hati-hati. Saya ni termasuk dalam kategori cun ke?.”

Ikram tergelak mendengar soalan Syafiqah. Pandai pula dia buat lawak dalam keadaan Ikram yang agak tegang sekarang.
“Kenapa, kau rasa kau ni tak cantik ke?” soal Ikram pula.

“Saya tanya encik Ikram, encik Ikram tanya saya pula. Selalu macam ni. Ye la, cantik tu kan ke subjektif. Kalau cantik pada kita, belum tentu cantik pada orang lain. Betul tak”.

Ikram cuma mengangguk dan tersenyum manis mendengar kata-kata Syafiqah.
“Pada aku kau memang cantik Syafiqah. Cukup sempurna di mata aku. Kalau tidak hati ini takkan jatuh cinta dengan diri kau” bisiknya.

“Senyum-senyum pula dia ni. Tau lah aku tak cantik, nak perli lah tu. Kalau aku ni cantik pada pandangan mata Ikram, tentu dia dah pilih aku jadi kekasih hatinya. Hmmm, nak buat macam mana, tak ada jodoh. Tak sangka aku Khairil tu rupa-rupanya buaya darat. Muka hensem macam tu, memang layak pun dipanggil buaya. Agaknya dah berapa ramailah perasaan kaum sejenis aku yang kau dah mainkan. Tak pe lah Khairil, kalau kau rasa nak menggatal dengan aku, silakan. Kau tengoklah macam mana aku pula mainkan perasaan kau” Syafiqah memasang angan-angan. Memang dia akan mengenakan Khairil sehabis mungkin.

Kalau boleh dia ingin membalas dendam setiap perbuatan Khairil padanya sewaktu di bangku sekolah dulu. Dia mahu Khairil membayar setiap air matanya yang tumpah kerana Khairil. Dia ingin Khairil menderita hati dan perasaan, dan terluka kerana cinta. Begitu besar sekali impian Syafiqah. Perbuatan Khairil pada dirinya dulu telah menjadikan dia seorang yang pendendam.

“Aaa dah sampai pun. Kau ingat ye, berhati-hati sikit dengan buaya tu. Jangan sampai kau sendiri yang tersangkut dengan dia pula, sudah” nasihat Ikram lagi. Honda Accordnya di letakkan bersebelahan dengan RX7 Khairil.

“Cik Syafiqah, silakan duduk” Khairil menarik kerusi yang terdapat di restoran tersebut. Sengaja dia berbuat sedemikian supaya boleh duduk bersebelahan dengan Syafiqah. Ikram cuma memerhatikan dengan jelingan tajam. Geram dengan perbuatan Khairil.

“Terima kasih encik Khairil” Syafiqah sengaja melemparkan senyuman yang cukup manis yang sememangnya dapat menggugat kejantanan Khairil. Memang Khairil rasa cukup terpikat pada Syafiqah.

“Eh tak payahlah panggil encik encik ni. Panggil saya Ril saja. Dari tadi asyik panggil encik saja. Saya bukannya bos cik Syafiqah pun”.

“Ok, kalau macam tu, Ril pun janganlah panggil saya cik cik ni. Panggil saya Fiqa je, ok” Syafiqah tersenyum manis lagi. Memang dia akan cuba sedaya upayanya untuk menggoda Khairil dan mempermainkan perasaan Khairil dan dia akan memastikan yang rancangannya ini berjaya.

Ikram tak senang duduk melihat situasi yang berlaku di depannya sekarang. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

“Kenapa kau ni Fiqa, dah hilang akal ke. Dah lah kau boleh duduk sebelah dia, lepas tu siap cakap macam manja-manja pula. Bukan main lembut lagi. Dengan aku tak pernah pula kau cakap macam tu. Aku dah cakap yang Khairil tu buaya darat tapi kau still nak layan dia juga. Gatal betul lah kau ni. Memang kau ni menguji kesabaran aku ni” omel Ikram sendiri.

“Nak makan apa bro. Makanan kat sini semuanya sedap-sedap. Atau kita nak order set hidangan tengahari saja” usul Khairil.

Sambil itu matanya melirik ke arah Syafiqah yang duduk bersebelahannya sambil tersenyum manis.
Ikram yang duduk berdepan dengannya cuma memandang dengan perasaan yang sungguh meluat.

“Apa-apa je lah Ril. Aku ikut saja”.

“Fiqa pula nak makan apa. Kat sini banyak makanan yang special tau” soal Khairil sambil merenung ke dalam anak mata Syafiqah.

“Fiqa pun ikut je. Apa yang Ril order, Fiqa makan je”.

“Kalau macam tu oklah. Kita order set makanan tengahari ye. Waiter” Khairil melambai tangan kepada seorang pelayan yang berada tidak jauh dari mereka.

Sambil Khairil memesan makanan, Ikram merenung tajam ke arah Syafiqah. Ikutkan hatinya memang dia nak bawa Syafiqah pergi saja dari sini. Perasaan cemburunya semakin membuak-buak bila mana Syafiqah turut melayan Khairil dengan baik. Terasa seperti dirinya akan kehilangan Syafiqah. Wajah Syafiqah ditatapnya sepuas hati. Bermacam-macam perasaan yang bermain di mindanya sekarang ini.

“Ishh, kenapa pula dengan encik Ikram ni. Tenung aku semacam je ni. Dah tu mukanya, Ya Allah dah macam opera Cina je. Merah semerbak. Kenapa ye, macam orang tengah marah je ni. Marah sebab aku cakap lembut-lembut dengan Khairil ke, ataupun sebab aku layan Khairil ni. Tapi nak buat apa nak marah-marah, cemburu ke. Isshh, tak mungkin. Dia kan dah ada buah hati” persoalan yang berlegar-legar di fikiran Syafiqah saat ini.

Sepanjang menjamu selera Ikram lebih banyak berdiam diri daripada berkata-kata. Cuma sekali sekala kedengaran gelak ketawa Syafiqah dan Khairil yang rancak bersembang. Dari satu topik ke satu topik yang lain. Ikram merasakan seolah-olah dirinya seperti tunggul saja di depan mereka berdua. Hatinya bagaikan dirobek-robek melihat kemesraan mereka.

“Oklah bro, Fiqa. Next time kita jumpa lagi ye. Ataupun mungkin kita akan jumpa di KL” ujar Khairil sewaktu mereka bertiga telah sampai ke kereta. Sambil itu dia bersalaman dengan Ikram.

“Hmmm tak pe lah. Tak payah jumpa pun tak apa. Tak ingin aku nak jumpa kau lagi” fikir Ikram.

“InsyaAllah, kalau diizinkannya. Kalau ada kelapangan datanglah KL” pelawa Syafiqah. Dia perlu bermanis mulut supaya Khairil tersangkut dengannya.

Ikram cuma tersenyum sinis mendengar pelawaan Syafiqah. Ada hati pula tu dia nak berjumpa dengan Khairil lagi. Habislah kalau macam ni.

“Itu dah semestinya Fiqa. Kalau Ril datang KL, Ril pasti akan cari Fiqa. Lupa pula, bagi Fiqa punya phone number. Tak naklah lose contact pula lepas ni” Khairil sudah mengeluarkan Blueberrynya untuk menyimpan nombor telefon bimbit Syafiqah.

“Makin parah ni, siap bertukar-tukar nombor telefon pula. Aku pun tak ada nombor telefon Syafiqah, dia pula yang dapat. Sakit betul hati aku ni. Nak saja aku campakkan si Khairil ni ke dalam lombong. Syafiqah, Syafiqah. Yang kau bagi nombor phone dekat buaya darat ni kenapa. Kau nak kena baham ke. Haiii, geram aku” omel Ikram.

Perasaan cemburu dan marahnya semakin memuncak. Ikram dengan pantas memasuki ke dalam Honda Accordnya. Tak kuasa dia berlama-lama di luar melihat kemesraan mereka. Hatinya menjadi bertambah-tambah sakit.

Syafiqah yang melihat Ikram telah memasuki kereta turut melakukan tindakan sedemikian. Sebelum kereta meluncur laju dia sempat melambaikan tangan ke arah Khairil dan memberikan senyuman yang paling manis dirasakannya. Memang tak lama lagi Khairil pasti akan memburu cintanya. Itu Syafiqah yakin dan pasti.

Jika sewaktu pergi ke Johor Bahru, Ikram memandu dengan perlahan namun berbeza pula sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Dah macam ERL dia memandu, laju gila. Syafiqah yang berada di dalam kereta turut kecut perut melihat gaya pemanduannya.

“Encik Ikram, janganlah bawa laju sangat. Saya takutlah. Saya ni belum kahwin lagi tau” jerit Syafiqah bila Ikram turut memandu laju di kawasan selekoh.

Ikram tergelak kuat.
“Tak pe lah, kau nak takut apa. Takut mati. Jangan risaulah, tak kan matinya. Kalau mati pun apa salahnya. Kita mati bersama. Kau dan aku, kita mati bersama”.

“Encik Ikram ni kenapa. Dah gila ke. Saya tak nak mati lagi lah. Tak cukup lagi amalan hidup saya di dunia ni. Tolonglah encik Ikram, jangan bawa laju macam ni. Bahaya”.

“Memang aku dah gila Syafiqah. Aku gilakan kau. Teramat-amat gilakan kau. Kau tau tak, aku gilakan kau” jerit hati Ikram.

“Encik Ikram, encik Ikram”jerit Syafiqah lagi apabila Ikram tidak membalas kata-katanya.

Apa yang dilihatnya Ikram memandu semakin laju. Bertambah laju. Syafiqah menjadi semakin takut. Takut dengan tindakan Ikram yang di luar jangkaan. Syafiqah juga takut jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Teringat kemalangan yang telah meragut nyawa ayah tercinta. Terasa jantungnya bergerak teramat pantas. Tiba-tiba dia teringatkan emaknya di rumah.

“Emakkk” jerit Syafiqah perlahan. Air matanya tiba-tiba mengalir deras.

Ikram yang memandu laju tadi terus menoleh ke arah Syafiqah. Dilihatnya air mata yang mengalir di pipi gebu Syafiqah. Tiba-tiba perasaan bersalah menyerang dirinya. Ikram terus memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

“Fiqa, I'm sorry. I'm sorry” pujuk Ikram sambil menyeka air mata Syafiqah.

Disebabkan terlalu mengikutkan perasaan marahnya tadi, dia telah bertindak di luar kawalan. Tindakan teramat bodoh yang telah dilakukannya tadi.

“Fiqa, please.. Jangan menangis lagi. I'm sorry ok” pujuk Ikram lagi.

“Please jangan buat macam ni lagi. Fiqa takut, Fiqa takut sangat. Fiqa tak nak mati lagi. Fiqa tak nak mati” ujar Syafiqah sambil teresak-esak. Ntah kenapa hatinya menjadi begitu rapuh sekali.

“Ok sayang, I'll promise. Ik takkan bawa laju lagi. Jangan menangis lagi ye sayang”.

Syafiqah cuma mengangguk perlahan. Memang tadi dia berasa teramat-amat takut dengan tindakan Ikram. Namun pujukan Ikram sedikit sebanyak telah melegakannya. Dalam keadaan yang agak panik tadi, Syafiqah tidak sedar yang dia telah membahasakan dirinya Fiqa. Perkataan spontan yang keluar dari mulutnya. Begitu juga dengan Ikram. Biasalah, dalam keadaan yang kelam kabut apa-apa pun boleh terjadi.

Setelah Syafiqah kelihatan agak reda, Ikram terus menyambung kembali pemanduannya. Kali ini dengan lebih berhati-hati. Lagipun pagi tadi dia telah berjanji dengan emak Syafiqah supaya menjaganya dengan baik. Memang dia akan pastikan Syafiqah sentiasa berada dalam keadaan baik ketika bersamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...