Yang Disayangi Selalu !!!

Thursday, March 17, 2011

Sinopsis

Mempersembahkan e-novel terbaru Aku Suka Kau Benci. Apa Kes?!
Novel ini diadaptasi dari cerpen pertama tinta iaitu Karmila Emilia. Bagi sesiapa yang pernah baca cerpen ini mungkin dapat mengagak jalan ceritanya bagaimana.

Namun tinta ada membuat sedikit perubahan terutama dari segi ending cerita ini. Nama heroinnya turut ditukar kepada Mia Sarah. Berikut adalah antara watak-watak yang terdapat dalam novel tersebut.



                                                             Ikmal


Ikmal merupakan playboy terkenal di Universiti Malaya. Rupanya yang kacak dan anak kepada Datuk Zamri menyebabkan dia sering digilai ramai gadis. Sering bertukar-tukar pasangan dan tidak serius dengan perhubungan cinta. Namun sejak pertama kali melihat Mia Sarah, hatinya telah jatuh cinta. Dia telah cuba untuk memikat Mia namun Mia bukanlah seperti gadis-gadis lain yang pernah keluar bersama Ikmal. Apabila bermacam usahanya untuk memikat Mia gagal, Ikmal telah bertekad untuk melakukan kekerasan terhadap Mia sehingga sanggup memperkosanya. Tambahan pula dia telah berdendam dengan Mia kerana Mia telah memalukannya di kampus.

Tak cukup dengan itu, Ikmal turut memasang perangkap sehingga akhirnya dia dan Mia ditangkap basah. Niat dihatinya untuk menyakiti hati Mia dan membuatkan Mia menderita, namun akhirnya Ikmal sendiri yang menderita apabila perasaan cinta dan sayangnya pada Mia semakin bercambah.




                                                           Mia Sarah


Mia Sarah merupakan seorang gadis yang berasal dari kampung. Sejak kecil lagi Mia telah tinggal bersama neneknya kerana ibu dan ayahnya telah bercerai sewaktu dia dilahirkan. Niatnya untuk membalas jasa nenek di kampung menyebabkan Mia tidak memikirkan soal percintaan. Kadangkala dia berasa rimas dengan Ikmal yang sering mengganggunya. Bertambah malang apabila Ikmal telah melakukan kekerasan terhadap dirinya.

Nasib hidup Mia umpama jatuh ditimpa tangga apabila ibunya sendiri bersubahat dengan Ikmal sehingga dia ditangkap basah dan dipaksa berkahwin oleh keluarganya. Memang sukar baginya untuk hidup dan tinggal sebumbung dengan Ikmal yang telah merosakkannya.


Apakah kesudahannya. Dapatkah Mia membuka pintu hatinya untuk menerima Ikmal. Ataupun dia akan memilih Haiqal, lelaki yang telah lama memendam perasaan terhadapnya sejak di bangku sekolah lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...