Yang Disayangi Selalu !!!

Thursday, March 17, 2011

Perlukah Loji Nuklear di Malaysia


Apa pendapat anda semua. Perlukah Malaysia membina loji nuklear sendiri. Tambahan pula dengan isu radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear di Jepun yang terjejas akibat tsunami dan gempa bumi telah menjadi isu antarabangsa sekarang ini.

Untuk pengetahuan semua Malaysia bercadang untuk membina dua loji seumpama itu yang masing-masing akan menjana kuasa 1,000 megawatt dengan loji pertama sedia untuk beroperasi pada 2021 dan yang kedua setahun kemudian. Ia adalah sebahagian daripada jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji nuklear. Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya.

Beliau berkata, sebab itu, penggunaan tenaga nuklear tidak menjadi satu opsyen sewaktu era pentadbirannya kerana kerajaan mempunyai pengalaman yang tidak baik dengan kesan radiasi. Sebelum ini, Dr. mahathir pernah menulis dalam blog beliau mengenai pengalaman kerajaan berdepan dengan masalah pengurusan tahi bijih atau amang yang menjadi bahan radioaktif selepas diproses untuk digunakan dalam pembuatan televisyen berwarna.

Dalam artikel yang ditulis pada 2009, beliau memberitahu, tapak untuk menanam produk sampingan tersebut masih mempunyai kesan radioaktif walaupun selepas bertan-tan simen dicurahkan. Dr. Mahathir memberitahu, kerajaan yang dipimpin beliau memilih minyak, gas, arang batu dan air sebagai sumber untuk menjana tenaga.

Tapi apa yang pasti semakin banyak negara di dunia yang akan mempunyai loji nuklear, jadi banyak risiko yang akan timbul. Sebagai contoh, Kerajaan Indonesia akan tetap meneruskan pembinaan loji nuklear di Pulau Bangka. Pulau Bangka terletak di timur Kepulauan Sumatera di mana berlakunya gempa bumi bawah laut berukuran 9.1 magnitud yang turut mencetuskan tsunami pada 2004, dan mengorbankan 220,000 orang di beberapa negara yang terletak sekitar Laut India, termasuk 168,000 rakyat Indonesia.

Kesan daripada kebocoran loji nuklear adalah radiasi. Terdapat dua jenis radiasi iaitu mengion dan bukan mengion

  • Radiasi bukan mengion termasuklah radiasi inframerah, gelombang radio, radiasi telefon bimbit dan radiasi ketika menggunakan gelombang mikro ketika memasak. Apabila ia kuat ia mampu memanaskan tisu, namun ia dipercayai bukan penyebab kanser
  • Radiasi mengion lebih berbahaya kerana ia memecahkan ikatan kimia dan menyebabkan kanser. Contohnya sinar-X, sinar gamma dan partikel alpha atau beta dikeluarkan satu elemen radioaktif ketika ia mereput.

 RISIKO RADIASI

Pakar menyatakan tiga faktor menentukan sama ada letupan radiasi itu berbahaya atau tidak berbahaya iaitu kekuatan pendedahan, tempoh terdedah dan rawatan.

Mengikut kelaziman kira-kira separuh orang yang terdedah kepada 5,000 microsievert(mSv) di seluruh badan akan mati, manakala 6,000 mSv pula akan menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan segera.

Pendedahan kepada 10,000 mSv pada satu dos akan menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa minggu.

Kesan pendedahan radiasi paling berbahaya adalah kanser terutama leukimia, selain kanser peparu, tiroid dan usus

Pada tempoh masa panjang, radiasi boleh merosakkan deoksiribonukleik (DNA) dan membawa kepada kecacatan bayi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...