Semalam
Telah jauh ku tinggalkan
Segala kenangan yang dilalui
Segala pahit getir hidup ini
Segala onak ranjau berduri
Hari ini
Sikit lagi hampir berlalu
Adakah memuaskan hati
Adakah mententeramkan jiwa
Adakah mendamaikan sukma
Esok
Pastikan menjelma jua
Nekadkan di dalam hati
Semaikan di dalam jiwa
Pastikan hari esok
Menjadi lebih baik
Dari hari ini dan semalam
Bila Hati Dah Sayang Puisi