Yang Disayangi Selalu !!!

Tuesday, February 22, 2011

Seloka Gurau Senda


Bila aku baca novel
Kau kata buang masa
Carilah benda lain nak dibaca
Tapi bila kau baca majalah kereta
Boleh pula
Kau kata itu memang hobi kau

Bila aku nak beli alat mekap
Kau kata membazir saja
Simpan duit dalam bank lagi baik
Tapi bila kau beli aksesori kereta
Boleh pula
Kau kata nak mekap kereta bagi cantik

Bila aku suka makan Pizza Hut
Kau kata tak sedap
Domino's Pizza lagi sedap

Bila aku suka warna kuning
Kau kata tak cantik
Warna biru lagi cantik

Bila kau suka
Aku tak suka
Bila aku suka
Kau pula tak suka

Habis macam mana
Tak boleh ke kalau dua-dua suka
Tapi nak buat macam mana
Suka atau tak suka
Tapi hati aku dah jatuh suka dekat kau


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...