Tentu ramai yang dah tengok cerita muzikal pertama Malaysia iaitu Magika. Magika diterbitkan oleh KRU Studios. Apa pendapat korang semua tentang cerita ni. Best, tak best, bolehlah..
Tapi bagi tinta dan family cerita ni best. Anak-anak pun suka sangat. Tak taulah dah berapa kali tengok cerita ni, tak jemu-jemu. Lagu-lagu dia pun best. Siap boleh nyanyi sekali.
Magika telah memenangi anugerah perdana Filem Terbaik pada majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke 23. Edry sendiri telah diumumkan sebagai Pengarah Harapan manakala Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik milik Fimie Don.
Anugerah lain adalah Anugerah Penata Kostum/Busana (Hasnan Yaacob), Anugerah Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin/Johan Lucas) dan Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik (Penyembuh Cinta) ciptaan Edry.
Syabas kepada Edry dan KRU Studios. Diharapkan selepas ini Filem Merong Mahawangsa yang akan ditayangkan pada Mac ini turut berjaya.
Bila Hati Dah Sayang Celoteh